Tutorial Bunga Crepe


Seperti yang saya janjikan, saya akan ceritakan semula cara membuat bunga crepe yang saya demo di rancangan Assalamualaikum, TV Al-Hijrah pada 14 May 2015.



Bahan-Bahan yang anda perlukan:

1. Kertas Crepe 
2. Gunting
3. Dawai halus untuk mengikat (saiz 26)
4. Playar untuk memotong dawai.
5. Tisu Muka


Langkah 1

Ini contoh kertas crepe yang saya gunakan. Jenis kertas crepe lebih tebal dan mudah dibetuk.
Dalam 50cm lebar. 

Guntingkan kertas crepe secara menegak lebih kurang 3cm. Anda boleh gunakan pembaris untuk mendapatkan ukuran yang lebih tepat.




Langkah 2

Potongkan kepada 4 bahagian. Saiz setiap bahagian adalah lebih kurang berikut:

Panjang: 12.5cm
Lebar:3cm

Anda boleh lipat kertas yang dipotong tadi kepada 4 bahagian untuk mendapat ukuran yang sama.



Langkah 3

Pintalkan dibahagian tengah seperti gambar di bawah.



Lipat kepada dua dan pital semula dibahagian hujung seperti gambar di bawah.


                           

             

Langkah 4


Potong di bahagian tepi untuk mengelakkan hujung bunga yang tebal. 

Nota: Langkah ini adalah opsyen sahaja. 

                            

Pintal dibahagian hujung seperti gambar di bawah. Saya gunakan ruas ibu jari sebagai ukuran panjang kelopak bunga yang perlu dipintal.







Teruskan untuk mendapat beberapa 4 kelopak untuk kertas crepe unggu.
6 kelopak untuk kertas crepe warna turquoise. 

Tips: Untuk hasil yang lebih cantik, kelopak bunga dibahagian dalam hendaklah sedikit kecil berbanding yang diluar.



Langkah 5

Ambil sehelai kertas tisu, potong kepada dua bahagian.




Langkah 6

Satu bahagian dironyokkan menjadi bola kecil. Bak kata pengacara Assalamualaikum, macam buat buah melaka!




Langkah 7

Satu bahagian lagi digunakan untuk membalut tissue yang gumpal tadi.
Letak tisu yang digumpal tadi, balut dan ikat dengan dawai seperti gambar dibawah.



Langkah 8

Teruskan lilitan dengan meletakkan kelopak bunga tengah yang berwarna unggu. Saya gunakan empat kelopak untuk membentuk bunga dibahagian tengah.






Langkah 9

Teruskan melilit kelopak bunga dibahagian luar. Saya gunakan enam kelopak bunga berwarna turquoise untuk membentuk sekuntum bunga seperti gambar dibawah.

                         



Langkah 10

Matikan dawai dan kemaskan bahagian hujung bunga dengan memotong lebihan kertas crepe dan tisu.


Siap!

Anda boleh mencantunkan bunga bersama batang bunga dan daun. 

Gunakan kreativiti anda untuk mengubah bunga crepe. 
Selamat Mencuba!

Comments

Popular Posts