Kenali Asal Usul Kristal Swarovski



Pecinta Fashion tanah air tentunya sudah tidak asing dengan nama yang satu ini. Brand asal Austria ini dicipta oleh ahli pemotong kaca Daniel Swarovski di tahun 1895, yang juga mempatenkan mesin pemotong kaca untuk membuat gelas kristal 3 tahun sebelumnya.

Pabrik pemotongan kristal pertama Swarovski dibangun di Wattens, Tyrol (Austria). Saat ini Swarovski terkenal dengan logo Angsanya yang mewakili huruf S untuk brand tersebut. 


Di tahun 2004, Swarovski malancarkan Xilion, kaedah pemotongan baru yang dirancang untuk membuat cahaya Roses (jenis komponen kristal dengan bagian belakang yang datar) dan Chaton (jenis pemotongan berlian) makin berkilau.


Swarovski tidak hanya berkecimpung di dunia produksi kristal, tetapi juga mesin pemotong kaca, penanda jalan reflektif dan bercahaya, batu alam dan sintetis, serta peralatan optik seperti binokuler dan teropong senjata. Perusahaan tersebut juga mengelola taman bermain dalam ruangan bertemakan kristal, yaitu Swarovski Kristallwelten (Crystal Worlds) di Wattens.


Produk kristal Swarovski tidak hanya membuat kristal untuk keperluan fashion, tetapi juga patung dan miniatur, dekorasi rumah, dan lampu gantung/chandelier. Untuk membuat kristal yang dapat membelokkan warna cahaya hingga menampilkan warna-warni pelangi, Swarovski melapisi kristal-kristalnya dengan bahan kimia metalik khusus. Yang paling terkenal adalah “Aurora Borealis”, tetapi ada juga jenis bahan kimia lainnya yang diberi nama Crystal Transmission, Volcano, Aurum dan Dorado.


Swarovski menjadi trend di kalangan para designer ternama dunia pada tahun 2008, dan semakin merajai pasaran aksesoris kristal pada tahun 2009. Kristal-kristal dengan kemilau warna-warni ini menghiasi dress-dress di fashion runway Paris dan Milan,  clutch dan casing HP. 


Swarovski crystal elements menjadi fashion statement bagi banyak orang di seluruh dunia!

Bulan Kelahiran dan Birthstone



January Birthstone - Garnet
February Birthstone- Amethyst
March Birthstone - Aquamarine
April Birthstone - Diamond
May Birthstone - Emerald
June Birthstone - Pearl
July Birthstone - Ruby
August Birthstone - Peridot
September Birthstone - Sapphire
October Birthstone - Opal
November Birthstone - Topaz
December Birthstone - Blue Topaz

Tutorial Bunga Crepe


Seperti yang saya janjikan, saya akan ceritakan semula cara membuat bunga crepe yang saya demo di rancangan Assalamualaikum, TV Al-Hijrah pada 14 May 2015.



Bahan-Bahan yang anda perlukan:

1. Kertas Crepe 
2. Gunting
3. Dawai halus untuk mengikat (saiz 26)
4. Playar untuk memotong dawai.
5. Tisu Muka


Langkah 1

Ini contoh kertas crepe yang saya gunakan. Jenis kertas crepe lebih tebal dan mudah dibetuk.
Dalam 50cm lebar. 

Guntingkan kertas crepe secara menegak lebih kurang 3cm. Anda boleh gunakan pembaris untuk mendapatkan ukuran yang lebih tepat.




Langkah 2

Potongkan kepada 4 bahagian. Saiz setiap bahagian adalah lebih kurang berikut:

Panjang: 12.5cm
Lebar:3cm

Anda boleh lipat kertas yang dipotong tadi kepada 4 bahagian untuk mendapat ukuran yang sama.



Langkah 3

Pintalkan dibahagian tengah seperti gambar di bawah.



Lipat kepada dua dan pital semula dibahagian hujung seperti gambar di bawah.


                           

             

Langkah 4


Potong di bahagian tepi untuk mengelakkan hujung bunga yang tebal. 

Nota: Langkah ini adalah opsyen sahaja. 

                            

Pintal dibahagian hujung seperti gambar di bawah. Saya gunakan ruas ibu jari sebagai ukuran panjang kelopak bunga yang perlu dipintal.







Teruskan untuk mendapat beberapa 4 kelopak untuk kertas crepe unggu.
6 kelopak untuk kertas crepe warna turquoise. 

Tips: Untuk hasil yang lebih cantik, kelopak bunga dibahagian dalam hendaklah sedikit kecil berbanding yang diluar.



Langkah 5

Ambil sehelai kertas tisu, potong kepada dua bahagian.




Langkah 6

Satu bahagian dironyokkan menjadi bola kecil. Bak kata pengacara Assalamualaikum, macam buat buah melaka!




Langkah 7

Satu bahagian lagi digunakan untuk membalut tissue yang gumpal tadi.
Letak tisu yang digumpal tadi, balut dan ikat dengan dawai seperti gambar dibawah.



Langkah 8

Teruskan lilitan dengan meletakkan kelopak bunga tengah yang berwarna unggu. Saya gunakan empat kelopak untuk membentuk bunga dibahagian tengah.






Langkah 9

Teruskan melilit kelopak bunga dibahagian luar. Saya gunakan enam kelopak bunga berwarna turquoise untuk membentuk sekuntum bunga seperti gambar dibawah.

                         



Langkah 10

Matikan dawai dan kemaskan bahagian hujung bunga dengan memotong lebihan kertas crepe dan tisu.


Siap!

Anda boleh mencantunkan bunga bersama batang bunga dan daun. 

Gunakan kreativiti anda untuk mengubah bunga crepe. 
Selamat Mencuba!

Makeover Tasbih


Assalamualaikum semua..

Kali ni Lady Nur nak share satu small project yang simple.
Re-design tasbih yang putus. Kadang-kadang tasbih yang kita beli menggunakan tali tangsi.

Akibatnya: Mudah putus... habis manik-manik tasbih berguguran..


Ini contoh request from ChanteqCun punya customer untuk re-do dan makeover tasbih yang dah putus itu. Cantikkan??... Tasbih from Sabah semestinya original pearl.




Bahan-bahan yang diperlukan:

1) Wire string untuk menggantian tali tangsi.
2) Playar 
3) Crimp beads

Apa yang anda perlu ingat adalah bilangan  pearl bagi setiap kiraan adalah 11 biji.
3 kali pusingan maka jumlah bilangan adalah 33 biji.

Ini contoh tali tangsi. Ada bermacam-macam jenis saiz ketebalan.

Ini contoh wire yang saya gunakan untuk menggantikan tali tangsi. Waire jenis ini lebih lasak dan tidak mudah terputus.
                                       
Ini contoh crimp beads. Juga ada bermacam-macam saiz.

Anda boleh re-do atau make over tasbih yang telah putus tadi mengikut bahan dan kreativiti anda .  Saya gunakan wire untuk gantikan tali tangsi. Saya gunakan chrimp beads sebagai stopper. Hasilnya seperti gambar dibawah:



Kerongsang Handmade..


Berminat??
e-mail atau PM di FB saya..

Tasbih Handmade



Hidup penuh dengan ujian..
Cuma kita kena yakin bahawa DIA ada..
Selagi kita masih hidup..selagi itu kita akan diuji oleh-DIA

Dengan membaca al-quran hati akan menjadi tenang dan sekliagus kita berjaya mengawal hati dan perasaan serta perbuatan ketika diuji.
Tak perlu untuk menjerit atau meroyan..kerna itu terbaik dari DIA


#Tasbih Handmade by ChanteqCunCraft

Baby Pin Shawl

Jarum ni khas untuk peminat shawl. Saya design jarum ni sebab bosan dengan jarum penitit yang asyik hilang. Lagi satu jarum ni boleh menambahkan accessories anda. 

Dulu saya ada beli jarum macam ni tapi batu tertanggal.. yer la batu yang di gam. 
Lepas tu jarum dia tebal sangat sampai BERLUBANG tudung. 

So, Lady Nur decide untuk buat sendiri.. Bila pakai pergi kenduri dan office, ramai pulak yang tanya dan berminat. 

Sharing a good thing kan best.. 
Rasa best tengok orang pakai hasil handmade kita.


J001

J002

J003

For more colors..visit and like my page..