Profile Penulis Blog

Assalamualaikum..

Hi!. Saya LadyNur (Nur Nida) blog owner dan founder ChanteqCunCraft. Berasal dari Parit Buntar, Perak dan mementap di Shah Alam, Selangor. Berkelulusan dalam bidang Ijazah Sains Komputer Major Kepintaran Buatan, Universiti Malaya pada tahun 2004 dan  Sarjana Kejeruteraan Perisian (Msc) dari Universiti Malaya tahun 2010. 

Mempunyai lebih 9 tahun pengalaman dalam bidang Teknologi Maklumat dengan Certified Lotus Domino Developer 8.5 pada tahun 2012 dari IBM. 

Pernah menerbitkan kertas persidangan yang bertajuk E-ConstructionWaste Exchange in Malaysia: A Preliminary Study di IEEE Xplore Digital Library.Information Technology, 2008.  bersempena ITSim 2008. International Symposium on 26-28 Aug. 2008. Kuala Lumpur, Malaysia. 

Kini berkerja sebagai Senior IT Specialist di sebuah syarikat multinational di Ara Damansara dan InsyaAllah bercadang menjadikan bidang kraftangan ini sepenuh masa.

Blog ini telah dibina berdasarkan minat yang mendalam dalam bidang kraftangan. Berkongsi idea dan hasil kraftangan kepada yang berminat.

Bakat  dalam bidang kraftangan ini diwarisi dari melihat kesungguhan dan minat emak saya Hajah Saadiah Binti Arshad membuat kraftangan ketika saya masih sekolah. Tak sangka rupanya saya 'terkenan' dan menyedut bakat emak dalam diam. :D

Bermula dari membuat gubahan hataran untuk perkahwinan abang lebih 8 tahun yang lepas... terus mendapat 'trust' untuk membuat banyak gubahan daripada keluarga dan rakan-rakan. Juga menjadi Craft Guru kepada yang individu, berkumpulan atau syarikat.

Harapan saya, semoga blog ini dapat memberi inspirasi kepada anda yang berminat dalam bidang kraftangan dan sama-sama kita berkongsi minat dan idea. Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya di ladynur01@gmail.com atau di Facabook dan Instagram.


Selfie dengan my personal CraftGuru (mak)saya.





Comments

Popular Posts